TATACARA PEMAKAIAN DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT NEGERI PERAK

Terdapat peraturan-peraturan tertentu tentang cara-cara memakai darjah-darjah kebesaran, bintang-bintang dan pingat-pingat Negeri Perak Darul Ridzuan.
LENCANA LEHER (NECK ORDER)

4.1 Lencana Leher seperti P.C.M. dan P.M.P. hendaklah dipakai tergantung pada reben pendek berukuran lebih kurang 2.5 cm (1 inci) dari kaki leher baju apabila dipakai dengan Pakaian Kebangsaan Rasmi, Pakaian Istiadat atau Pakaian Seragam.

PEMAKAIAN KALUNG LEHER/NECK ORDER, BINTANG DAN PINGAT NEGERI PERAK/PERSEKUTUAN DENGAN PAKAIAN NUMBER 1 DRESS (LELAKI)

  • Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) – Lencana Leher
  • Pingat-pingat Lain - Mounting Medal

PAKAIAN KEBANGSAAN (PENJAWAT AWAM BUKAN BERUNIFORM GRED 40 DAN KE BAWAH SERTA ORANG AWAM)

  • Lencana Leher (Neck Order) bagi Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM)
  • Mounting bagi Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP), Pingat Pekerti Terpilih (PPT) dan
  • Pingat Jasa Kebaktian (PJK)

  • *Pita-pita bintang atau pingat disusun bertindih atas antara satu dengan yang lain dan digantung pada satu palang panjang (mounting).

4.2 Lencana Leher boleh dipakai tidak melebihi tiga lencana pada Istiadat siang bersusun menegak mengikut keutamaan terkanan sekali di atas. Yang dua lagi terkeluar dari atas butang baju tergantung di atas satu dengan yang lain.

Hak Cipta © Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan www.perak.gov.my