Lampiran 1
GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH KEBESARAN BINTANG DAN PINGAT YANG DIANUGERAHKAN DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
1. PENDAHULUAN
Bersempena Hari Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang disambut pada Hari Jumaat pertama setiap November, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Perak Darul Ridzuan. Penganugerahan ini sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri Perak kepada mereka yang telah banyak menabur jasa serta menyumbangkan khidmat bakti di peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan, persekutuan dan antarabangsa.
2. SUSUNAN KUMPULAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT
2.1 DARJAH KERABAT DIRAJA YANG AMAT DIHORMATI PERAK
Darjah Kerabat (D.K.);
- Darjah Kerabat yang dikurniakan khas kepada Raja-Raja Pemerintah, Raja-Raja Permaisuri, Ketua Negara Asing dan bakal Sultan Negeri Perak.
2.2 DARJAH KERABAT SERI PADUKA SULTAN AZLAN SHAH PERAK YANG AMAT DIHORMATI
Darjah Kerabat Sultan Azlan (D.K.S.A.);
- Darjah Kerabat yang diperkenalkan semasa Pemerintahan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke-34, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada tahun 2000.
- Darjah ini tidak lagi dikurniakan setelah kemangkatan DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
2.3 DARJAH KERABAT AZLANII
Darjah Kerabat Sultan Azlan (D.K.A.);
- Darjah Kerabat yang diperkenalkan sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke-34, Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah dan dikurniakan sekali sahaja pada 3hb Februari 2009. Darjah ini tidak lagi dikurniakan setelah kemangkatan DYMM Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah.
2.4 DARJAH KERABAT AZLANII II
Darjah Kerabat Sultan Azlan (D.K.A. II);
- Darjah Kerabat yang diperkenalkan sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke-34, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah kepada 15 kerabat dan ahli keluarga. Darjah ini tidak lagi dikurniakan setelah kemangkatan DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
2.5 DARJAH KEBESARAN SERI PADUKA SULTAN AZLAN SHAH PERAK YANG AMAT DIMULIA
Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Azlan Shah (S.P.S.A.)
- Darjah Kebesaran ini membawa gelaran “Dato’ Seri Diraja”; diperkenalkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke-34, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah,
mulai tahun 2000. Darjah ini tidak lagi dikurniakan setelah kemangkatan DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
2.6 DARJAH KEBESARAN SERI PADUKA SULTAN NAZRIN SHAH PERAK YANG AMAT MULIA
Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Nazrin Shah (S.P.S.N.)
- Darjah Kebesaran ini membawa gelaran “Dato’ Seri Diraja”; diperkenalkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah,
mulai tahun 2015.
2.7 DARJAH DATO’ SERI AZLANII
Darjah Kebesaran Sultan Azlan (D.S.A.);
- Darjah Kebesaran ini dikurniakan sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke-34, Sultan Azlan Muhibbuddin
Shah kepada 25 penerima. Darjah ini dikurniakan sekali sahaja pada 3hb Februari 2009 dan kini tidak lagi dikurniakan setelah kemangkatan DYMM Sultan
Azlan Muhibbuddin Shah.
2.8 DARJAH PADUKA CURA SI MANJA KINI
Pangkat Pertama …Dato’ Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.)
Pangkat Kedua …Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini (D.P.C.M.)
Pangkat Ketiga …Ahli Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M.)
Pangkat Keempat …Ahli Cura Si Manja Kini (A.C.M.)
2.9 DARJAH PADUKA MAHKOTA PERAK
Pangkat Pertama …Dato’ Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P.)
Pangkat Kedua …Dato’ Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.)
Pangkat Ketiga …Ahli Paduka Mahkota Perak (P.M.P.)
Pangkat Keempat …Ahli Mahkota Perak (A.M.P.)
2.10 DARJAH PANGLIMA TAMING SARI
Pangkat Pertama … Dato’ Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.)
Pangkat Kedua … Dato’ Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.)
2.11 Pingat Pekerti Terpilih / Jasa Kebaktian / Lama Perkhidmatan
i) Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.)
ii) Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)
iii) Pingat Lama Perkhidmatan (P.L.P.)
3. PENCALONAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT TAHUN 2026
3.1 Darjah Dato’ Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.)
- Darjah Kebesaran yang membawa gelaran “Dato' Seri” peringkat pertama ini boleh dicalonkan kepada individu yang memperolehi rekod kejayaan cemerlang, mempunyai kedudukan yang amat berpengaruh serta menyumbangkan jasa bakti yang tinggi dalam apa jua lapangan di peringkat negeri Perak, persekutuan dan antarabangsa.
- Dalam kalangan pegawai kerajaan, darjah ini boleh dicalonkan kepada ketua tertinggi sesuatu perkhidmatan seperti Ketua Setiausaha Negara / Ketua Hakim Negara.
3.2 Darjah Dato’ Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P.)
- Darjah Kebesaran yang membawa gelaran “Dato' Seri” ini boleh dicalonkan kepada individu yang memperolehi rekod kejayaan cemerlang, mempunyai kedudukan yang amat berpengaruh serta menyumbangkan jasa bakti yang tinggi dalam apa jua lapangan di peringkat negeri Perak, persekutuan dan antarabangsa.
- Dalam kalangan pegawai kerajaan, darjah ini boleh dicalonkan kepada pengurusan tertinggi bertaraf Turus III ke atas.
3.3 Darjah Dato’ Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.)
- Darjah Kebesaran yang membawa gelaran “Dato' Seri Panglima” ini boleh dicalonkan sebagai pengiktirafan kepada individu atas sumbangan, jasa dan kejayaan dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
- Darjah ini dicalonkan kepada pegawai pasukan tentera berpangkat Jeneral Tentera Darat dan Udara serta Laksamana TLDM. Dicalonkan kepada pegawai pasukan Polis Diraja Malaysia yang berpangkat Inspektor Jeneral / Deputi Inspektor Jeneral.
3.4 Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini (D.P.C.M.)
- Darjah Kebesaran yang membawa gelaran "Dato" ini boleh dicalonkan sebagai pengiktirafan kepada individu atas rekod kejayaan cemerlang dan menyumbangkan jasa bakti yang tinggi dalam apa jua lapangan di peringkat negeri Perak, persekutuan dan antarabangsa.
- Dalam kalangan pegawai kerajaan, darjah ini boleh dicalonkan kepada pegawai bertaraf JUSA B ke atas.
3.5 Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.)
- Darjah Kebesaran yang membawa gelaran "Dato" ini boleh dicalonkan sebagai pengiktirafan kepada individu atas rekod kejayaan cemerlang dan menyumbangkan jasa bakti yang tinggi dalam apa jua lapangan di peringkat negeri Perak, persekutuan dan antarabangsa.
- Dalam kalangan pegawai kerajaan, darjah ini boleh dicalonkan kepada pegawai bertaraf JUSA C ke atas.
3.6 Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.)
- Darjah Kebesaran yang membawa gelaran "Dato' Pahlawan" ini boleh dicalonkan sebagai pengiktirafan kepada individu atas sumbangan, jasa dan kejayaan dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
- Darjah ini dicalonkan kepada pegawai pasukan tentera berpangkat Brigedier Jeneral / Laksamana Pertama / Brigedier Jeneral TUDM ke atas. Dicalonkan kepada pegawai pasukan Polis Diraja Malaysia yang berpangkat Senior Assistant Commissioner ke atas.
3.7 Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M.)
- Dicalonkan kepada individu yang memperlihatkan keistimewaan dan kecemerlangan mengharumkan nama negeri dan negara begitu juga kepada individu yang menabur jaksa bakti dan memberi khidmat cemerlang kepada Negeri Perak Darul Ridzuan, persekutuan dan antarabangsa.
- Dalam kalangan pegawai kerajaan dicalonkan kepada pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional yang menyandang pangkat tidak rendah daripada Gred 14 atau setaraf dengannya; dan dalam kalangan pegawai tentera dan polis yang berpangkat Kolonel (Tentera Darat), Kepten (Tentera Laut), Kolonel Udara (Tentera Udara), Asisten Komisioner Polis.
3.8 Darjah Paduka Mahkota Perak (P.M.P.)
- Dicalonkan kepada individu yang memperlihatkan keistimewaan dan kecemerlangan mengharumkan nama negeri dan negara begitu juga kepada individu yang menabur jaksa bakti dan memberi khidmat cemerlang kepada Negeri Perak Darul Ridzuan, persekutuan dan antarabangsa.
- Dalam kalangan pegawai kerajaan dicalonkan kepada pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional yang menyandang pangkat tidak rendah daripada Gred 13 atau setaraf dengannya; dan dalam kalangan pegawai tentera dan polis yang berpangkat Kolonel (Tentera Darat), Kepten (Tentera Laut), Kolonel Udara (Tentera Udara), Asisten Komisioner Polis.
3.9 Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (A.C.M.)
- Dicalonkan kepada individu yang telah memperlihatkan kecemerlangan dan perkhidmatan yang cemerlang kepada Negeri Perak Darul Ridzuan, persekutuan dan antarabangsa.
- Dalam kalangan pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional yang menyandang pangkat tidak rendah daripada Gred 12 atau setaraf dengannya; dan dalam kalangan pegawai tentera dan polis yang berpangkat Leftenan Kolonel (Tentera Darat), Komander (Tentera Laut), Leftenan Kolonel Udara (Tentera Udara), Superintendan Polis.
3.10 Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P.)
- Dicalonkan kepada individu yang telah memperlihatkan kecemerlangan dan perkhidmatan yang cemerlang kepada Negeri Perak Darul Ridzuan, persekutuan dan antarabangsa.
- Dalam kalangan pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional yang menyandang pangkat tidak rendah daripada Gred 12 atau setaraf dengannya; dan dalam kalangan pegawai tentera dan polis yang berpangkat Kapten dan Mejar (Tentera Darat), Leftenan dan Leftenan Komander (Tentera Laut), Kapten Udara dan Mejar Udara (Tentera Udara), Asisten Superintendan Polis dan Deputi Superintendan Polis.
3.11 Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.)
- Pingat ini dicalonkan kepada individu yang telah mengharumkan nama negeri dan menabur bakti yang cemerlang dalam Negeri Perak, persekutuan dan antarabangsa.
- Dalam kalangan pegawai kerajaan dicalonkan kepada pegawai Gred 5 atau setaraf dengannya; dan dicalonkan kepada pegawai-pegawai tentera dan polis yang berpangkat sekurang-kurangnya Leftenan Muda (Tentera Darat, Laut dan Udara) dan Inspektor di dalam pasukan polis.
3.12 Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)
- Dicalonkan kepada individu yang berjasa mengharumkan nama negeri dan individu yang berbuat jasa yang cemerlang kepada Negeri Perak, persekutuan dan antarabangsa.
- Dicalonkan kepada pegawai Gred 1 atau setaraf dengannya; dan anggota-anggota tentera dan polis yang berpangkat Pegawai Waran (Tentera Darat, Laut dan Udara), Sub Inspektor (Pasukan Polis) dan ke bawah.
3.13 Pingat Lama Perkhidmatan (P.L.P.)
- Dicalonkan kepada individu yang telah berkhidmat di Negeri Perak melebihi 25 tahun serta telah menunjukkan kesetiaan dan berjaya menzahirkan teladan yang baik lagi cemerlang.
4. PENCALONAN
4.1 Pencalonan bagi Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Perak adalah melalui surat edaran pencalonan bersama borang pencalonan (mengikut kuota) akan diedarkan kepada :
i) Ketua Jabatan Negeri / Persekutuan dalam Negeri Perak
ii) Agensi-agensi Kerajaan / GLC / Badan Berkanun
iii) Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan
iv) Setiausaha Kerajaan Negeri
4.2 Kementerian dan Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan pencalonan daripada semua peringkat kakitangan dan tidak terhad kepada sesuatu bahagian atau jenis jawatan sahaja. Setiap pencalonan hendaklah dibuat kepada mereka yang difikirkan benar-benar layak dan memenuhi syarat-syarat pencalonan sahaja.
4.3 Pencalonan Bagi Calon Swasta / Pertubuhan / Persatuan / NGO dll.
Pencalonan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Perak kategori selain daripada yang dinyatakan di Para 4.1 iaitu bagi kategori seperti berikut :
i) Syarikat swasta yang berkenaan dan berdaftar secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
ii) Pertubuhan / Persatuan yang berkenaan dan berdaftar secara sah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS);
iii) Institusi kewangan yang berkenaan dan diluluskan untuk beroperasi oleh Bank Negara Malaysia (BNM);
4.3.1 Borang pencalonan boleh didapati dengan mengemukakan permohonan bertulis melalui surat ke alamat berikut:
Urus Setia Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Bahagian Dewan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan
Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh
Atau melalui e-mel ke : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
4.3.2 Pencadang wajib melampirkan butir-butir maklumat calon dan sumbangan jasa bakti kepada negeri Perak khususnya dan negara amnya.
4.3.3 Pihak Urus Setia hanya akan mengedarkan borang pencalonan kepada pihak pencadang yang mempunyai calon yang memenuhi syarat serta kriteria ditetapkan sahaja.
4.3.4 Borang pencalonan tidak akan diberikan sekiranya calon tidak memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan dalam Perenggan 3 dan Perenggan 5 di dalam Garis Panduan ini.
5. ASAS-ASAS PENCALONAN
5.1 Syarat asas utama :
5.1.1. Seseorang calon yang dicadangkan untuk sesuatu Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Perak hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia yang merekodkan kecemerlangan dalam perkhidmatan serta cemerlang dalam apa jua lapangan yang diceburi.
5.1.2. Anak kelahiran negeri Perak dan telah menyumbang khidmat bakti di peringat negeri Perak, persekutuan dan antarabangsa.
5.1.3. Bukan anak kelahiran negeri Perak yang telah berkhidmat dengan cemerlang di negeri Perak atau telah memberikan sumbangan bakti kepada negeri Perak.
5.2 Pencalonan dalam kalangan anggota pertubuhan, persatuan, kebajikan, sukarela, sukan, sosial, agama, swasta dan lain-lain hendaklah berasaskan kepada sumbangan masing-masing kepada negara, negeri dan masyarakat. Keutamaan diberikan kepada mereka yang memberi sumbangan yang cemerlang di peringkat negeri, negara dan antarabangsa.
5.3 Pertubuhan, persatuan, kebajikan, sukarela, sukan, sosial, agama, swasta dan lain-lain hendaklah dipastikan berdaftar secara sah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
5.4 Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat yang dicadangkan hendaklah bersesuaian dengan jawatan dan gred jawatan sebagaimana yang diterangkan dalam Garis Panduan.
5.5 Seseorang calon, mestilah mempunyai rekod perkhidmatan yang bersih dan cemerlang. Semakan tapisan keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi Malaysia perlu dilaksanakan oleh agensi yang mencalonkan.
5.6 Seseorang yang pernah menolak tawaran pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat tidak boleh dicalonkan semula.
5.7 Pihak urus setia berhak untuk membatalkan pencalonan penerima sekiranya penerima telah menerima pingat yang sama.
6. PERATURAN MENGISI BORANG PENCALONAN
6.1 Setiap pencalonan bagi Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Perak hendaklah dibuat melalui borang pencalonan.
6.2 Setiap borang pencalonan dikategorikan seperti berikut :-
i) Borang pencalonan P.C.M., S.P.M.P., S.P.T.S., D.P.C.M., D.P.M.P. dan D.P.T.S.,
ii) Borang pencalonan P.C.M. dan P.M.P.,
iii) Borang Pencalonan A.C.M., A.M.P., P.P.T., P.J.K. dan P.L.P.
Borang pencalonan hendaklah diisi oleh pencalon / pencadang dan bukan oleh calon itu sendiri. Pencalon hendaklah memastikan bahawa calon berkenaan belum lagi dikurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat yang dicadangkan supaya tidak berlaku pertindihan penganugerahan. Sekiranya berlaku pertindihan, pihak urus setia berhak membatalkan atau membuat sebarang keputusan bagi penganugerahan tersebut.
Segala maklumat yang terdapat dalam borang pencalonan hendaklah diisi dengan jelas, tepat dan lengkap.
Semua pencalonan daripada agensi-agensi di bawah kawalan Kementerian hendaklah diselaraskan di peringkat Kementerian masing-masing sebelum dikemukakan kepada urus setia kecuali bagi agensi yang terdapat di negeri Perak yang telah diberikan kuota pencalonan bagi agensi tersebut.
Pencalonan bagi Darjah Kebesaran S.P.C.M., S.P.M.P., S.P.T.S., D.P.C.M., D.P.M.P. dan D.P.T.S. hendaklah mendapat sokongan Menteri Besar / Ketua Menteri / Menteri / Ketua Setiausaha Negara / Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan / Setiausaha Kerajaan Negeri.
Pencalonan di kalangan Pegawai Kerajaan bagi Darjah Kebesaran P.C.M. dan P.M.P. hendaklah mendapat sokongan dan tandatangan Ketua Perkhidmatan / Ketua Jabatan dan yang setara dengannya.
Pencalonan di kalangan Pegawai Kerajaan Darjah Kebesaran A.C.M., A.M.P., P.P.T., P.J.K. dan P.L.P. hendaklah mendapatkan sokongan / tandatangan pengurusan tertinggi / Ketua Jabatan atau Ketua Agensi yang berkenaan.
Pencalonan daripada pertubuhan, persatuan, kebajikan, sukarela, sukan, sosial, agama, swasta dan sebagainya:-
Hendaklah mendapatkan ulasan dan tandatangan Ketua Eksekutif Syarikat / Pengerusi Persatuan dan Pertubuhan yang berkenaan.
Pencalonan pegawai-pegawai kerajaan yang bergiat cergas di dalam pertubuhan, persatuan, kebajikan, sukarela, sukan, agama dan sebagainya hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada Ketua Jabatan atau Ketua Agensi di mana calon-calon itu berkhidmat.
7. TARIKH TUTUP
7.1 Pencalonan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Negeri Perak Tahun 2026 akan dibuka mulai 5 Jun 2026 (Jumaat).
7.2 Semua pencalonan hendaklah dikemukakan kepada urus setia sebelum atau selewat-lewatnya 30 Julai 2026 (Khamis). Borang pencalonan rasmi yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada alamat seperti berikut :
Urus Setia Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Bahagian Dewan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan
Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh
7.3 Borang pencalonan yang tidak lengkap atau yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
8. MEDIUM PERHUBUNGAN
8.1 Talian rasmi pejabat: 05-2095214 / 5218
(waktu urusan adalah 8.00 pagi – 5.00 petang hari bekerja)
8.2 Alamat emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.