1.1 Darjah-Darjah Kebesaran di Negeri Perak Darul Ridzuan yang mempunyai Kalung adalah:
Darjah Kerabat DiRaja Yang Amat Dihormati - D.K.
Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Dihormati - D.K.S.A.
Darjah Kerabat Azlani - D.K.A.
Darjah Kerabat Azlani II - D.K.A. II
Seri Paduka Sultan Azlan Shah - S.P.S.A.
Seri Paduka Sultan Nazrin Shah - S.P.S.N.
Dato Seri Azlanii - D.S.A.
Seri Paduka Cura Simanja Kini - S.P.C.M.
Seri Paduka Mahkota Perak - S.P.M.P.
Seri Panglima Taming Sari - S.P.T.S.
1.2 Kalung Darjah Kebesaran dipakai hanya pada Istiadat-Istiadat tertentu yang dinamakan "Hari Kalung" (Collar Day). Hari Istiadat menyambut ULANG Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan adalah satu dari hari yang ditetapkan sebagai "Hari Kalung". Oleh yang demikian, semua penyandang Darjah Kebesaran yang mempunyai Kalung Kebesaran hendaklah memakai Kalung.
1.3 Apabila memakai Kalung bagi sesuatu Darjah Kebesaran, Selepang (Sash) Darjah Kebesaran yang sama Darjah TIDAK BOLEH dipakai bersama, tetapi Selepang Darjah Kebesaran yang lain Darjahnya, jika ada, boleh dipakai bersama Kalung.
*Tiada Lencana Leher
1.4 Hanya satu Kalung dipakai pada satu masa. Kalung dipakai di atas kedua-dua bahu tergantung sama panjang di atas dada dan di belakang dengan Lencana Darjah tergantung di tengah-tengah dada.
* Satu set Darjah Kebesaran hanya boleh dipakai semasa hari menerima (Istiadat Penganugerahan) sahaja.
* Satu set Darjah Kebesaran hanya boleh dipakai semasa hari menerima (Istiadat Penganugerahan) sahaja.
1.5 Jika memakai Pakaian Istiadat atau Pakaian Seragam, Kalung hendaklah disusupi di bawah epolet. Kalung dipakai waktu Istiadat pada siang hari sahaja.