SEJARAH DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT

Berdasarkan peruntukkan ini Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak tidak ketinggalan menjalankan kuasa-kuasa tanggungjawab Baginda untuk mengurniakan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat kepada rakyat Malaysia yang berjasa kepada Negeri Perak. Di samping itu juga Darjah-Darjah Kebesaran ini dikurniakan kepada bukan Warganegara Malaysia yang berjasa kepada Negeri Perak tetapi pengurniaan ini adalah dalam bentuk "Kehormat" sahaja.

Lazimnya Istiadat Pengurniaan dilaksanakan di Balairung Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda setiap tahun.

Perlaksanaan pengurniaan Pingat-Pingat bermula pada tahun 1954 dengan pengurniaan Lantikan Jaksa Pendamai (J.P) dan pingat-pingat Pingat Pekerti Terpilih (PPT) dan Pingat Jaksa Kebaktian ( PJK) sahaja. Dalam tahun 1954 juga Duli Yang Maha Mulia telah melembagakan 7 Gelaran Dato' Kehormat untuk dikurniakan kepada Warga Perak yang berkedudukan tinggi dan mempunyai pengaruh yang besar dalam Negeri Perak. Penerima gelaran-gelaran ini akan dikenali sebagai "DATO'".

Tujuh Gelaran-gelaran "Dato' Kehormat" yang dimaksudkan adalah:

  1. Y.BHG. DATO' KURNIA BAKTI - Dikurniakan kepada :DATO' I.W. BLOLOCK
  2. Y.BHG. DATO' KURNIA DIRAJA - Dikurniakan kepada :DATO' HAJI MOHD. ESA B. SHAH
  3. Y.BHG. DATO' KURNIA NEGARA - Dikurniakan kepada :DATO' DR. K.T. KHONG
  4. Y.BHG. DATO' KURNIA JASA - Dikurniakan kepada :DATO' SERI OSMAN BIN TALIB
  5. Y.BHG. DATO' KURNIA SETIA - Dikurniakan kepada :DATO' HAJI ABDUL AZIZ BIN JABAR
  6. Y.BHG. DATO' KURNIA JAYA - Dikurniakan kepada :DATO' SERI SHAARI BIN SHAFIE
  7. Y.BHG. DATO' KURNIA INDERA - Dikurniakan kepada :DATO' SERI J.E.S. CRAWFORD

Mengikut rekod-rekod yang diperolehi pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak telah direncanakan dalam tahun 1953 sebagaimana kuasa Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Kedua yang ditandatangani pada 25 Februari 1953.

Di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Bahagian Kedua Bab X:

(a) tercatat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan mempunyai milik PANCURAN KEMULIAAN – (FOUNTAIN OF HONOURS) dan ianya merupakan kuasa asal Raja pemerintah dan mempunyai budibicara (prerogatives) yang mutlak.

Bab XXV Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Bahagian Kedua seterusnya menerangkan:

"Maka Raja Pemerintah itu ialah pancuran semua kemuliaan-kemuliaan dan darjat-darjat dalam Negeri ini dan Bagindalah seorang sahaja yang bolih mengurniakan gelaran-gelaran dan darjat-darjat dan mengadakan pangkat-pangkat dan pingat - pingat kemuliaan dan darjat, sama ada gelaran-gelaran, darjat-darjat, pangkat-pangkat atau pingat-pingat itu telah sedia ada atau tiada terlebih dahulu dikurniakan atau diadakan.

Tetapi hendaklah disyaratkan sebelum mana-mana gelaran, darjat, pangkat atau pingat baharu dilembagakan atau apa-apa lantikan kepada gelaran atau darjat yang demikian itu diperbuat, patutlah diminta nasihat Dewan Negara itu dan jikalau sekiranya lembagaan bagi mana-mana gelaran, darjat, pangkat atau pingat mengenai perbelanjaan daripada hasil negeri, maka hendaklah perbelanjaan yang sedemikian itu dipersetujukan oleh Dewan Perhimpunan Undangan".

Dua Pangkat Darjah yang dimaksudkan:

Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat DiHormati (D.K.S.A.)

Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Mulia (S.P.S.A.)

Pada 3hb Februari 2009, genaplah . 25 tahun Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, Sultan Perak ke 34, Memerintah di atas Singgahsana takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Dengan nasihat Majlis Mesyuarat Dewan Negara Perak kali ke 144, bersidang pada 29hb Januari, 2009, Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, berkenan melembagakan 3 Jenis Darjah Khas, bagi memperingati tarikh bersejarah itu.

  1. DARJAH KERABAT AZLANII (D.K.A.)
  2. DARJAH KERABAT AZLANII II (D.K.A.II)
  3. DARJAH DATO' SERI AZLANII (D.S.A.) (Penerima Darjah bergelar Dato' Seri)

Pengurniaan Darjah-Darjah Khas adalah SEKALI sahaja (One Of)

Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah, Sultan Perak ke 33 mangkat pada 31.1.1984 dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu- lah diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke 34 pada 3 Februari, 1984.

#Anugerah Darjah Kebesaran bagi No. 3 Darjah Ahli Perwira Taming Sari (P.T.S.), No. 4. Darjah Ahli Hulubalang Taming Sari (H.T.S.), No. 5. Darjah Ahli Kesatria Taming Sari (K.T.S.), dan No. 6 Darjah Ahli Perajurit Taming Sari (A.T.S.) diberhentikan penganugerahan mulai tahun 1989 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah. Walau bagaimanapun pemegang-pemegang darjah- darjah tersebut sebelum tarikh ini akan terus menikmati keistimewaan sebagaimana termaktub di dalam Undang-Undang Darjah Kebesaran Negeri Perak.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, berkenaan melembagakan 2 Pangkat Darjah Kebesaran baru yang mana diluluskan oleh Mesyuarat Dewan Negara Perak kali ke 136 bersidang pada 17 Mac 2000.

Darjah Kebesaran Negeri Perak Yang Pertama, yang dikenali sebagai Darjah Yang Amat Mulia Paduka Mahkota Perak dizahirkan pada 12 Disember 1957 di masa Pemerintahan Sultan Perak ke-32, Sultan Yussuf Izzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Mukhataram Shah Radziallah. Darjah Kebesaran Yang Amat Mulia Mahkota Perak dibahagikan kepada:-

  1. Pangkat Pertama Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P.) (membawa gelaran Dato' Seri dan isteri Datin Seri)
  2. Pangkat Kedua Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P) (membawa gelaran Dato' dan isteri Datin)
  3. Pangkat Ketiga Ahli Paduka Mahkota Perak (P.M.P.)
  4. Pangkat Keempat Ahli Mahkota Perak (A.M.P.)

Walaupun Darjah ini dizahirkan dalam tahun 1957, pengurniaan hanya mula dibuat pada bulan September 1963 di masa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris Iskandar Al- Mutawakkil Alallahi Shah II Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah, Sultan Perak ke-33. (D.Y.M.M. Sultan Yussuf Izuddin Shah mangkat pada 4 Januari 1963).

PENYANDANG GELARAN DATO' KURNIA YANG TUJUH DI ATAS ADALAH DIANTARA PENERIMA PERTAMA DARJAH KEBESARAN YANG BARU ITU.APABILA PENYANDANG GELARAN DATO' KURNIA MENINGGAL DUNIA, GELARAN BERKENAAN TIDAK DIGUNA LAGI DAN DIMANSUHKAN.     

Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah dalam Mesyuarat Dewan Negara Perak kali ke 65 bersidang pada 25 Jun 1968 telah berkenan melembagakan Darjah DARJAH YANG AMAT MULIA CURA SIMANJA KINI dan Darjah-Darjah dalam kumpulan ini mula dianugerahkan pada 15 Sept. 1969:

DARJAH YANG AMAT MULIA PADUKA CURA SIMANJA KINI Dibahagikan kepada:

  1. Pangkat Pertama : Dato' Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.) (membawa gelaran Dato' Seri dan isteri Datin Seri)
  2. Pangkat Kedua : Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (D.P.C.M.) (membawa gelaran Dato' dan isteri Datin)
  3. Pangkat Ketiga : Ahli Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M.)
  4. Pangkat Keempat : Ahli Cura Si Manja Kini (A.C.M.)

Pangkat Keempat ini dilembagakan dalam tahun 1989 di masa pemerintahan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, Sultan Perak ke 34 Dalam Mesyuarat Dewan Negara Perak kali ke 93 bersidang pada 10 Ogos 1978, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Idris Shah berkenan hendak melembagakan Darjah-Darjah Kumpulan YANG AMAT PERKASA TAMING SARI:

DARJAH KEBESARAN YANG AMAT PERKASA TAMING SARI :

  1. Pangkat Pertama : Dato' Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.) (membawa gelaran Dato' Seri Panglima dan isteri Datin Seri)
  2. Pangkat Kedua : Dato' Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S) (membawa gelaran Dato' Pahlawan dan isteri Datin)
  3. Pangkat Ketiga: Darjah Ahli Perwira Taming Sari (P.T.S.)#
  4. Pangkat Keempat: Darjah Ahli Hulubalang Taming Sari (H.T.S.)# Pangkat Kelima: Darjah Ahli Kesatria Taming Sari (K.T.S.)#
  5. Pangkat Keenam: Darjah Ahli Perajurit Taming Sari (A.T.S.)#

Hak Cipta © Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan www.perak.gov.my