Untitled Document
Untitled Document
Untitled Document
   

TATACARA PEMAKAIAN DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT NEGERI PERAK

   

Terdapat peraturan-peraturan tertentu tentang cara-cara memakai darjah-darjah kebesaran, bintang-bintang dan pingat-pingat Negeri Perak Darul Ridzuan.

    Senarai Darjah Kebesaran
KALUNG DARJAH KEBESARAN
1.1 Darjah-Darjah Kebesaran di Negeri Perak Darul Ridzuan yang mempunyai Kalung adalah:
  • Darjah Kerabat DiRaja Yang Amat Dihormati - D.K.
  • Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Dihormati - D.K.S.A.
  • Darjah Kerabat Azlani - D.K.A.
  • Darjah Kerabat Azlani II - D.K.A. II
  • Seri Paduka Sultan Azlan Shah - S.P.S.A.
  • Seri Paduka Sultan Nazrin Shah - S.P.S.N.
  • Dato Seri Azlanii - D.S.A.
  • Seri Paduka Cura Simanja Kini - S.P.C.M.
  • Seri Paduka Mahkota Perak - S.P.M.P.
  • Seri Panglima Taming Sari - S.P.T.S.

1.2 Kalung Darjah Kebesaran dipakai hanya pada Istiadat-Istiadat tertentu yang dinamakan "Hari Kalung" (Collar Day). Hari Istiadat menyambut ULANG Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan adalah satu dari hari yang ditetapkan sebagai "Hari Kalung". Oleh yang demikian, semua penyandang Darjah Kebesaran yang mempunyai Kalung Kebesaran hendaklah memakai Kalung.

1.3 Apabila memakai Kalung bagi sesuatu Darjah Kebesaran, Selepang (Sash) Darjah Kebesaran yang sama Darjah TIDAK BOLEH dipakai bersama, tetapi Selepang Darjah Kebesaran yang lain Darjahnya, jika ada, boleh dipakai bersama Kalung.

Pakaian 1

Gambar 1

PAKAIAN BAJU MELAYU PERAK (PENERIMA ANUGERAH DATO' SERI/DATO' BAGI PESARA DAN BUKAN PENJAWAT AWAM)
  • Kalung Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM)
  • Selepang Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP)
  • Bintang Darjah Kebesaran (Breast Star) SPCM dan DPMP
  • Pita Pingat (Chest Medal) bagi Pingat Pekerti Terpilih (PPT)
  •  
    Pakaian 2

    Gambar 2

    PAKAIAN NO. 1 DRESS (PENJAWAT AWAM BUKAN BERUNIFORM BAGI PENGURUSAN TERTINGGI DAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL)
  • Kalung Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP)
  • Selepang Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM)
  • Bintang Darjah Kebesaran (Breast Star) SPMP dan DPCM
  • Pita Pingat (Chest Medal) bagi Pingat Pekerti Terpilih (PPT)

  • *Tiada Lencana Leher

     
     

    1.4 Hanya satu Kalung dipakai pada satu masa. Kalung dipakai di atas kedua-dua bahu tergantung sama panjang di atas dada dan di belakang dengan Lencana Darjah tergantung di tengah-tengah dada.

    Pakaian 3

    Gambar 3

    PAKAIAN BAJU MELAYU PERAK (PENERIMA ANUGERAH DATO’ SERI/DATO’ BAGI PESARA DAN BUKAN PENJAWAT AWAM)
  • Kalung Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM)
  • Bintang Darjah Kebesaran (Breast Star) SPCM
  • Lencana Leher (Neck Order) bagi Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP)
  • Pita Pingat (Chest Medal) bagi Pingat Pekerti Terpilih (PPT)

  • * Satu set Darjah Kebesaran hanya boleh dipakai semasa hari menerima (Istiadat Penganugerahan) sahaja.

     
    Pakaian 4

    Gambar 4

    PAKAIAN NO. 1 DRESS (PENJAWAT AWAM BUKAN BERUNIFORM BAGI PENGURUSAN TERTINGGI DAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL)
  • Kalung Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP)
  • Bintang Darjah Kebesaran (Breast Star) SPMP
  • Lencana Leher (Neck Order) bagi Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM)

  • * Satu set Darjah Kebesaran hanya boleh dipakai semasa hari menerima (Istiadat Penganugerahan) sahaja.

     
     

    1.5 Jika memakai Pakaian Istiadat atau Pakaian Seragam, Kalung hendaklah disusupi di bawah epolet. Kalung dipakai waktu Istiadat pada siang hari sahaja.

    BINTANG KEBESARAN

    2.1 Bintang Kebesaran bagi sesuatu Darjah Kebesaran hendaklah disemat di sebelah kiri dada lebih kurang di atas rusuk. Tidak lebih daripada tiga Bintang Kebesaran boleh dipakai dalam satu masa.

    Pakaian 1

    Gambar 1

    PAKAIAN BAJU MELAYU PERAK (PENERIMA ANUGERAH DATO’ SERI/DATO’ BAGI PESARA DAN BUKAN PENJAWAT AWAM)
  • Kalung Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM)
  • Bintang Darjah Kebesaran (Breast Star) SPCM
  • Lencana Leher (Neck Order) bagi Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP)
  • Pita Pingat (Chest Medal) bagi Pingat Pekerti Terpilih (PPT)

  • * Satu set Darjah Kebesaran hanya boleh dipakai semasa hari menerima (Istiadat Penganugerahan) sahaja.

     
    Pakaian 2

    Gambar 2

    PAKAIAN NO. 1 DRESS (PENJAWAT AWAM BUKAN BERUNIFORM BAGI PENGURUSAN TERTINGGI DAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL)
  • Kalung Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP)
  • Bintang Darjah Kebesaran (Breast Star) SPMP
  • Lencana Leher (Neck Order) bagi Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM)

  • * Satu set Darjah Kebesaran hanya boleh dipakai semasa hari menerima (Istiadat Penganugerahan) sahaja.

     

    2.2 Apabila dua Bintang dipakai, Bintang yang kedua diletakkan di bawah Bintang pertama. Apabila tiga Bintang dipakai Bintang yang kedua dan ketiga disematkan sama bahagi di bawah Bintang yang pertama menjadi bentuk tiga segi dengan Bintang yang terkanan sekali di atas.

    Pakaian 3

    Gambar 3

    PAKAIAN NO. 1 DRESS (PENJAWAT AWAM BUKAN BERUNIFORM BAGI PENGURUSAN TERTINGGI DAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL)
  • Kalung Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP)
  • Selepang Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM)
  • Bintang Darjah Kebesaran (Breast Star) SPMP dan DPCM
  • Pita Pingat (Chest Medal) bagi Pingat Pekerti Terpilih (PPT)

  • *Tiada Lencana Leher

     
    Pakaian CikSu

    Gambar 4

    CONTOH PEMAKAIAN KALUNG, SELEPANG, DARJAH KEBESARAN DAN BINTANG NEGERI PERAK DAN NEGERI LAIN DENGAN PAKAIAN NUMBER 1 DRESS (WANITA)
  • Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP)
  • Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)
  • Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM)
  • Pingat Pekerti Terpilih (PPT)
  •  
    SELEPANG (SASH)

    3.1 Selepang bagi Darjah Kerabat (D.K., D.K.S.A., D.K.A. dan D.K.A II) disangkut pada bahu kiri, manakala Selepang bagi Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Perak yang lain disangkut pada bahu kanan dan di selepang ke pinggang kiri.

    3.2 Lencana Darjah yang sama disangkut pada bawah ikatan reben di hujung Selepang. Apabila memakai Pakaian Istiadat atau Pakaian Seragam, Selepang disusupkan di bawah epolet. Dengan Pakaian Kebangsaan Rasmi, Selepang disusupi di bawah bengkong.

    Pakaian 1

    Gambar 1

    PAKAIAN BAJU MELAYU PERAK (PENERIMA ANUGERAH DATO’ SERI/DATO’ BAGI PESARA DAN BUKAN PENJAWAT AWAM)
  • Kalung Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM)
  • Selepang Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP)
  • Bintang Darjah Kebesaran (Breast Star) SPCM dan DPMP
  • Pita Pingat (Chest Medal) bagi Pingat Pekerti Terpilih (PPT)
  •  
    Pakaian 2

    Gambar 2

    PAKAIAN NO. 1 DRESS (PENJAWAT AWAM BUKAN BERUNIFORM BAGI PENGURUSAN TERTINGGI DAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL)
  • Kalung Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP)
  • Selepang Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM)
  • Bintang Darjah Kebesaran (Breast Star) SPMP dan DPCM
  • Pita Pingat (Chest Medal) bagi Pingat Pekerti Terpilih (PPT)

  • *Tiada Lencana Leher

     
     
    LENCANA LEHER (NECK ORDER)    

    4.1 Lencana Leher seperti P.C.M. dan P.M.P. hendaklah dipakai tergantung pada reben pendek berukuran lebih kurang 2.5 cm (1 inci) dari kaki leher baju apabila dipakai dengan Pakaian Kebangsaan Rasmi, Pakaian Istiadat atau Pakaian Seragam.

    Pakaian 1

    Gambar 1

    PEMAKAIAN KALUNG LEHER/NECK ORDER, BINTANG DAN PINGAT NEGERI PERAK/PERSEKUTUAN DENGAN PAKAIAN NUMBER 1 DRESS (LELAKI)
  • Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) – Lencana Leher
  • Pingat-pingat Lain - Mounting Medal
  •  
    Pakaian 2

    Gambar 2

    PAKAIAN KEBANGSAAN (PENJAWAT AWAM BUKAN BERUNIFORM GRED 40 DAN KE BAWAH SERTA ORANG AWAM)
  • Lencana Leher (Neck Order) bagi Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM)
  • Mounting bagi Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP), Pingat Pekerti Terpilih (PPT) dan
  • Pingat Jasa Kebaktian (PJK)

  • *Pita-pita bintang atau pingat disusun bertindih atas antara satu dengan yang lain dan digantung pada satu palang panjang (mounting).

    4.2 Lencana Leher boleh dipakai tidak melebihi tiga lencana pada Istiadat siang bersusun menegak mengikut keutamaan terkanan sekali di atas. Yang dua lagi terkeluar dari atas butang baju tergantung di atas satu dengan yang lain.

    PINGAT

    5.1 Bintang Kehormatan seperti A.C.M. dan A.M.P. dan Pingat-Pingat P.P.T., P.J.K., P.L.P. dan lain-lain hendaklah dipakai di atas dada sebelah kiri tergantung pada rebennya dan jika lebih daripada satu, Bintang dan Pingat itu hendaklah disusun atur dengan lurus melintang dan yang terkanan lebih hampir dengan bahagian tengah dada.

    Pakaian 1

    Gambar 1

    BAJU KURUNG (BERTUDUNG) (PENJAWAT AWAM BUKAN BERUNIFORM GRED 40 DAN KE BAWAH SERTA ORANG AWAM)
  • Kalung Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP)
  • Selepang Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM)
  • Bintang Darjah Kebesaran (Breast Star) SPMP dan DPCM
  • Pita Pingat (Chest Medal) bagi Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
  •  
    Pakaian 2

    Gambar 2

    BAJU KURUNG (BERSELENDANG) (PENJAWAT AWAM BUKAN BERUNIFORM GRED 40 DAN KE BAWAH SERTA ORANG AWAM)

     

  • Kalung Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM)
  • Selepang Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP)
  • Bintang Darjah Kebesaran (Breast Star) SPCM dan DPMP
  • Pita Pingat (Chest Medal) bagi Pingat Pekerti Terpilih (PPT)

  • *Bagi penerima yang bukan berbangsa Melayu, selendang perlu dipakai di atas bahu.

    5.2 Semua Bintang dan Pingat hendaklah dipakai dengan permukaan sebelah hadapannya menghadap keluar.

    5.3 Jika reben dan Pingat disusun bergantung pada satu palang (bar) ia hendaklah disusun bertindih rapat. Ukuran palang tidak boleh melebihi 15 cm (6 inci).

    Pakaian 3

    Gambar 3

    PAKAIAN KEBANGSAAN (PENJAWAT AWAM BUKAN BERUNIFORM GRED 40 DAN KE BAWAH SERTA ORANG AWAM)
  • Lencana Leher (Neck Order) bagi Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM)
  • Mounting bagi Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP), Pingat Pekerti Terpilih (PPT) dan
  • Pingat Jasa Kebaktian (PJK)

  • *Pita-pita bintang atau pingat disusun bertindih atas antara satu dengan yang lain dan digantung pada satu palang panjang (mounting).

     
    Pakaian 4

    Gambar 4

    MESS KIT

  • Selepang Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP)
  • Lencana Leher (Neck Order) bagi Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM)
  • Anak-anak Bintang dan Pingat (Miniatures) bagi Pingat Pekerti Terpilih (PPT), Pingat Pertabalan dan Pingat Jubli Perak

  • *Selepang hendaklah disangkut di bawah ketiak kanan dan diselepang ke pinggang kiri tetapi di atas bengkung.

    5.4 Bintang-Bintang Kehormatan dan Pingat-Pingat berukuran biasa dipakai pada Istiadat waktu siang sahaja. Manakala pada majlis waktu malam yang beristiadat, Anak-Anak Bintang dan Pingat (miniatures) digunakan.

     
    Pakaian 5

    Gambar 5

    BLACK TIE

    *Tidak perlu memakai sebarang darjah kebesaran/pingat yang diterima.

    Untitled Document

    Hak Cipta © Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan www.perak.gov.my