Untitled Document
Untitled Document
Untitled Document
   

TATACARA ANGKAT SEMBAH
ISTIADAT RASMI KERAJAAN NEGERI PERAK

Tatacara angkat sembah ketika menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Dan Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak adalah berbeza antara satu sama lain.

angkat sembahDULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK

Kedua-dua tapak tangan hendaklah ditemukan, kemudian diangkat tangan hingga sama dengan paras dahi serta dirapatkan pangkal tangan ke dahi. Hujung jari lurus menghala ke atas dengan dicondong sedikit ke hadapan. Apabila menurunkan semula tangan hendaklah dengan tertib, dengan menangkup kedua-dua tangan, direndahkan perlahan-lahan sehingga sampai ke siku ke bahagian riba. Semasa menghadap, hendaklah tunduk sambil dan terus mengangkat sembah. Ketika menyambut titah atau mendatangkan sembah, muka hendaklah memandang Raja. Semasa hendak keluar, jangan terus memusing muka sama sekali. Ia hendaklah bermula dengan berundur tiga tapak ke belakang mulai kaki kiri dan kemudian barulah berpusing muka menuju ke tempat perjalanannya.


angkat sembahDULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK

Pada umumnya cara mengangkat sembah kepada Raja Muda sama seperti di atas tetapi sedikit perbezaan iaitu dengan merendahkan tangan yang diangkat sehingga ke pangkal ibu jarinya di atas hidung sahaja. Kedua-dua tapak tangan hendaklah ditemukan, kemudian diangkat tangan hingga sama dengan paras dahi serta dirapatkan pangkal tangan ke atas hidung.


angkat sembahDULI YANG AMAT MULIA RAJA DIHILIR PERAK

Pada umumnya cara mengangkat sembah kepada Raja Muda sama seperti di atas tetapi sedikit perbezaan iaitu dengan merendahkan tangan yang diangkat sehingga ke pangkal ibu jarinya di atas mulut sahaja.