Untitled Document
Untitled Document
Untitled Document
   

SEJARAH DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT

Mengikut rekod-rekod yang diperolehi pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak telah direncanakan dalam tahun 1953 sebagaimana kuasa Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Kedua yang ditandatangani pada 25 Februari 1953.

Di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Bahagian Kedua Bab X(a) tercatat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan mempunyai milik PANCURAN KEMULIAAN – (FOUNTAIN OF HONOURS) dan ianya merupakan kuasa asal Raja pemerintah dan mempunyai budibicara (prerogatives) yang mutlak.

Bab XXV Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Bahagian Kedua seterusnya menerangkan:

"Maka Raja Pemerintah itu ialah pancuran semua kemuliaan-kemuliaan dan darjat-darjat dalam Negeri ini dan Bagindalah seorang sahaja yang bolih mengurniakan gelaran-gelaran dan darjat-darjat dan mengadakan pangkat-pangkat dan pingat - pingat kemuliaan dan darjat, sama ada gelaran-gelaran, darjat-darjat, pangkat-pangkat atau pingat-pingat itu telah sedia ada atau tiada terlebih dahulu dikurniakan atau diadakan.

Tetapi hendaklah disyaratkan sebelum mana-mana gelaran, darjat, pangkat atau pingat baharu dilembagakan atau apa-apa lantikan kepada gelaran atau darjat yang demikian itu diperbuat, patutlah diminta nasihat Dewan Negara itu dan jikalau sekiranya lembagaan bagi mana-mana gelaran, darjat, pangkat atau pingat mengenai perbelanjaan daripada hasil negeri, maka hendaklah perbelanjaan yang sedemikian itu dipersetujukan oleh Dewan Perhimpunan Undangan".

Berdasarkan peruntukkan ini Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak tidak ketinggalan menjalankan kuasa-kuasa tanggungjawab Baginda untuk mengurniakan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat kepada rakyat Malaysia yang berjasa kepada Negeri Perak. Di samping itu juga Darjah-Darjah Kebesaran ini dikurniakan kepada bukan Warganegara Malaysia yang berjasa kepada Negeri Perak tetapi pengurniaan ini adalah dalam bentuk "Kehormat" sahaja.

Lazimnya Istiadat Pengurniaan dilaksanakan di Balairung Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda setiap tahun. Perlaksanaan pengurniaan Pingat-Pingat bermula pada tahun 1954 dengan pengurniaan Lantikan Jaksa Pendamai (J.P) dan pingat-pingat Pingat Pekerti Terpilih (PPT) dan Pingat Jaksa Kebaktian ( PJK) sahaja.

Dalam tahun 1954 juga Duli Yang Maha Mulia telah melembagakan 7 Gelaran Dato' Kehormat untuk dikurniakan kepada Warga Perak yang berkedudukan tinggi dan mempunyai pengaruh yang besar dalam Negeri Perak. Penerima gelaran-gelaran ini akan dikenali sebagai "DATO'".

Tujuh Gelaran-gelaran "Dato' Kehormat" yang dimaksudkan adalah:

  • Y.BHG. DATO' KURNIA BAKTI - Dikurniakan kepada :DATO' I.W. BLOLOCK
  • Y.BHG. DATO' KURNIA DIRAJA - Dikurniakan kepada :DATO' HAJI MOHD. ESA B. SHAH
  • Y.BHG. DATO' KURNIA NEGARA - Dikurniakan kepada :DATO' DR. K.T. KHONG
  • Y.BHG. DATO' KURNIA JASA - Dikurniakan kepada :DATO' SERI OSMAN BIN TALIB
  • Y.BHG. DATO' KURNIA SETIA - Dikurniakan kepada :DATO' HAJI ABDUL AZIZ BIN JABAR
  • Y.BHG. DATO' KURNIA JAYA - Dikurniakan kepada :DATO' SERI SHAARI BIN SHAFIE
  • Y.BHG. DATO' KURNIA INDERA - Dikurniakan kepada :DATO' SERI J.E.S. CRAWFORD Darjah Kebesaran Negeri Perak Yang Pertama, yang dikenali sebagai Darjah Yang Amat Mulia Paduka Mahkota Perak dizahirkan pada 12 Disember 1957 di masa Pemerintahan Sultan Perak ke-32, Sultan Yussuf Izzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Mukhataram Shah Radziallah.

Darjah Kebesaran Yang Amat Mulia Mahkota Perak dibahagikan kepada:-

  • Pangkat Pertama Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P.) (membawa gelaran Dato' Seri dan isteri Datin Seri)
  • Pangkat Kedua Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P) (membawa gelaran Dato' dan isteri Datin)
  • Pangkat Ketiga Ahli Paduka Mahkota Perak (P.M.P.)
  • Pangkat Keempat Ahli Mahkota Perak (A.M.P.)

Walaupun Darjah ini dizahirkan dalam tahun 1957, pengurniaan hanya mula dibuat pada bulan September 1963 di masa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris Iskandar Al- Mutawakkil Alallahi Shah II Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah, Sultan Perak ke-33. (D.Y.M.M. Sultan Yussuf Izuddin Shah mangkat pada 4 Januari 1963).

PENYANDANG GELARAN DATO' KURNIA YANG TUJUH DI ATAS ADALAH DIANTARA PENERIMA PERTAMA DARJAH KEBESARAN YANG BARU ITU.

APABILA PENYANDANG GELARAN DATO' KURNIA MENINGGAL DUNIA, GELARAN BERKENAAN TIDAK DIGUNA LAGI DAN DIMANSUHKAN        Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah dalam Mesyuarat Dewan Negara Perak kali ke 65 bersidang pada 25 Jun 1968 telah berkenan melembagakan Darjah DARJAH YANG AMAT MULIA CURA SIMANJA KINI dan Darjah-Darjah dalam kumpulan ini mula dianugerahkan pada 15 Sept. 1969:

DARJAH YANG AMAT MULIA PADUKA CURA SIMANJA KINI Dibahagikan kepada:

  • Pangkat Pertama : Dato' Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.) (membawa gelaran Dato' Seri dan isteri Datin Seri)
  • Pangkat Kedua : Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (D.P.C.M.) (membawa gelaran Dato' dan isteri Datin)
  • Pangkat Ketiga : Ahli Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M.)
  • Pangkat Keempat : Ahli Cura Si Manja Kini (A.C.M.)

Pangkat Keempat ini dilembagakandalam tahun 1989 di masa pemerintahan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, Sultan Perak ke 34 Dalam Mesyuarat Dewan Negara Perak kali ke 93 bersidang pada 10 Ogos 1978, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Idris Shah berkenan hendak melembagakan Darjah-Darjah Kumpulan YANG AMAT PERKASA TAMING SARI:

DARJAH KEBESARAN YANG AMAT PERKASA TAMING SARI :

  • Pangkat Pertama : Dato' Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.) (membawa gelaran Dato' Seri Panglima dan isteri Datin Seri)
  • Pangkat Kedua : Dato' Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S) (membawa gelaran Dato' Pahlawan dan isteri Datin)
  • Pangkat Ketiga: Darjah Ahli Perwira Taming Sari (P.T.S.)#
  • Pangkat Keempat: Darjah Ahli Hulubalang Taming Sari (H.T.S.)#
  • Pangkat Kelima: Darjah Ahli Kesatria Taming Sari (K.T.S.)#
  • Pangkat Keenam: Darjah Ahli Perajurit Taming Sari (A.T.S.)#

Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah, Sultan Perak ke 33 mangkat pada 31.1.1984 dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu- lah diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke 34 pada 3 Februari, 1984.

#Anugerah Darjah Kebesaran bagi No. 3 Darjah Ahli Perwira Taming Sari (P.T.S.), No. 4. Darjah Ahli Hulubalang Taming Sari (H.T.S.), No. 5. Darjah Ahli Kesatria Taming Sari (K.T.S.), dan No. 6 Darjah Ahli Perajurit Taming Sari (A.T.S.) diberhentikan penganugerahan mulai tahun 1989 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah. Walau bagaimanapun pemegang-pemegang darjah- darjah tersebut sebelum tarikh ini akan terus menikmati keistimewaan sebagaimana termaktub di dalam Undang-Undang Darjah Kebesaran Negeri Perak.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, berkenaan melembagakan 2 Pangkat Darjah Kebesaran baru yang mana diluluskan oleh Mesyuarat Dewan Negara Perak kali ke 136 bersidang pada 17 Mac 2000.

Dua Pangkat Darjah yang dimaksudkan:

  • Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat DiHormati (D.K.S.A.)
  • Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Mulia (S.P.S.A.)

Pada 3hb Februari 2009, genaplah . 25 tahun Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, Sultan Perak ke 34, Memerintah di atas Singgahsana takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Dengan nasihat Majlis Mesyuarat Dewan Negara Perak kali ke 144, bersidang pada 29hb Januari, 2009, Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, berkenan melembagakan 3 Jenis Darjah Khas, bagi memperingati tarikh bersejarah itu.

  • DARJAH KERABAT AZLANII (D.K.A.)
  • DARJAH KERABAT AZLANII II (D.K.A.II)
  • DARJAH DATO' SERI AZLANII (D.S.A.) (Penerima Darjah bergelar Dato' Seri)

Pengurniaan Darjah-Darjah Khas adalah SEKALI sahaja (One Of)

SUSUNAN KEUTAMAAN BAGI ANUGERAH-ANUGERAH DARJAH KEBESARAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN (LAMA)

Susunan keutamaan bagi Anugerah-Anugerah Darjah Kebesaran, BintangBintang Kehormatan dan Pingat-Pingat yang diluluskan oleh Dewan Negara Perak adalah seperti berikut:-

  • Darjah Kerabat Yang Amat DiHormati (D.K.)
  • Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah (D.K.S.A.)
  • Darjah Paduka Sultan Azlan Shah (S.P.S.A.)
  • Darjah Dato' Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.)
  • Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.)
  • Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P.)
  • Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (D.P.C.M.)
  • Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.)
  • Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.)
  • Darjah Ahli Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M.)
  • Darjah Ahli Perwira Taming Sari (P.T.S.)
  • Darjah Ahli Paduka Mahkota Perak (P.M.P.)
  • Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (A.C.M.)
  • Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P.)
  • Darjah Ahli Hulubalang Taming Sari (H.T.S.)*
  • Darjah Ahli Kesatria Taming Sari (K.T.S.)*
  • Darjah Ahli Perajurit Taming Sari (A.T.S.)*
  • Tauliah Jaksa Pendamai (J.P.)
  • Pingat Keberanian handal (P.K.H.)
  • Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.) 21. Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)
  • Pingat Lama Perkhidmatan (P.L.P.)

CATATAN

# Darjah S.P.M.P. diberi keutamaan daripada Darjah S.P.T.S. dan Darjah D.P.M.P. diberi keutamaan daripada Darjah D.P.T.S. (Mula diperkenankan di Istiadat Penganugerahan tahun 2008)

Pecatan Bab LIV Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Bahagian Kedua menerangkan:-

(1) Maka bolehlah Raja Pemerintah itu dengan persetujuan Dewan Negara itu kemudian daripada tuduhan dalam Dewan itu memecat atau menurunkan pangkat sesiapa yang telah diberi gelaran darjat Pangkat atau Pingat Kemuliaan dan Darjat mengikut sebagaimana syarat-syarat Bahagian ini jikalau sekiranya sesuatu kesilapan atau kesalahan yang cukup dilakukannya supaya diperbuat pecatan atau turunan pangkat ini adil dan berfaedah dan dengan tiada mengurangkan bagaimana pun dari syarat-syarat am yang tersebut dahulu maka kita dengan khasnya memasyhur bahawa yang berikut hendaklah disifatkan sebagai kesilapan atau kesalahan yang cukup:

(a) Durhaka kepada Raja Pemerintah itu,

(b) Apa-apa perbuatan, ucapan atau siaran yang menujui kedurhakaan kepada Raja Pemerintah itu atau Negeri ini seperti yang ditakrifkan oleh Undang-undang yang ada berjalan kuasanya dalam Negeri ini pada waktu itu.

(c) Apa-apa kesilapan atau kesalahan mengikut adat Melayu daripada dahulu boleh menyebabkan pecatan atau turunan pangkat.

(d) Menjadi bankrap yang belum dilepaskan.

SUSUNAN DARJAH-DARJAH KEBESARAN DAN PNGAT-PNGAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN (MULAI 2016)

  • Darjah Kerabat Yang Amat DiHormati (D.K.)
  • Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah (D.K.S.A.)
  • Darjah Kerabat Azlanii (D.K.A.)
  • Darjah Kerabat Azlanii II (D.K.A. II)
  • Darjah Paduka Sultan Azlan Shah (S.P.S.A.)
  • DARJAH SERI PADUKA SULTAN NAZRIN SHAH (S.P.S.N.)
  • Darjah Dato' Seri Azlanii (D.S.A.)
  • Darjah Dato' Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.)
  • Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P.)
  • Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.)
  • Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (D.P.C.M.)
  • Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.)
  • Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.)
  • Darjah Ahli Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M.)
  • Darjah Ahli Perwira Taming Sari (P.T.S.)*
  • Darjah Ahli Paduka Mahkota Perak (P.M.P.)
  • Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (A.C.M.)
  • Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P.)
  • Darjah Ahli Hulubalang Taming Sari (H.T.S.)*
  • Darjah Ahli Kesatria Taming Sari (K.T.S.)
  • Darjah Ahli Perajurit Taming Sari (A.T.S.)*
  • Tauliah Jaksa Pendamai (J.P.)
  • Pingat Keberanian handal (P.K.H.)
  • Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.)
  • Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)
  • Pingat Lama Perkhidmatan (P.L.P.)

* Anugerah Darjah Kebesaran bagi No. 15 Darjah Ahli Perwira Taming Sari (P.T.S.), No. 19. Darjah Ahli Hulubalang Taming Sari (H.T.S.), No. 20. Darjah Ahli Kesatria Taming Sari (K.T.S.), dan No. 21 Darjah Ahli Perajurit Taming Sari (A.T.S.) diberhentikan penganugerahan mulai tahun 1989 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah.

Walau bagaimanapun pemegang-pemegang darjah- darjah tersebut sebelum tarikh ini akan terus menikmati keistimewaan sebagaimana termaktub di dalam Undang-Undang Darjah Kebesaran Negeri Perak.

Untitled Document

Hak Cipta © Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan www.perak.gov.my