Untitled Document
Untitled Document
Untitled Document
   

PAKAIAN MENGHADIRI ISTIADAT PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

   

Terdapat peraturan-peraturan tertentu tentang cara-cara berpakaian menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan.

    Senarai Darjah Kebesaran
PAKAIAN DIF-DIF JEMPUTAN
  RAJA BERGELAR, WARIS NEGERI, ORANG BESAR NEGERI/ AHLI DEWAN NEGARA (BUKAN RASMI) DAN ORANG BESAR PERAK (LELAKI DAN PEREMPUAN)      
 
    

pakaian dif-dif jemputan

 

Pakaian Kebangsaan Rasmi mengikut warna yang telah diluluskan oleh Dewan Negara Perak dan boleh berkeris.

Pakaian Yang Kehormat bagi perempuan mengikut warna yang diluluskan oleh Dewan Negara Perak (Baju Kebaya Labuh / Baju Kurung Labuh).

     
PENYANDANG DARJAH KEBESARAN DATO' SERI/ DATO'
  RAJA BERGELAR, WARIS NEGERI, ORANG BESAR NEGERI/ AHLI DEWAN NEGARA (BUKAN RASMI) DAN ORANG BESAR PERAK (LELAKI DAN PEREMPUAN)      
 
    

pakaian penyandang lelaki

 

LELAKI

Pakaian Kebangsaan Rasmi, bertengkolok, berbengkung dan tidak berkeris yang telah diluluskan oleh Dewan Negara Perak.

Isteri : Baju Kebaya Labuh / Baju Kurung Labuh.

WANITA

Pakaian Istiadat yang diluluskan oleh penyandang Darjah Kebesaran Dato' Seri / Dato'. (Baju Kebaya Labuh / Baju Kurung Labuh).

Suami : Baju Kebangsaan Hitam Bersongkok / Lounge Suit Gelap Bersongkok.

     
AHLI DEWAN NEGERI PERAK, AHLI PARLIMEN, SENATOR DAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN, ANGGOTA TENTERA DAN POLIS DIRAJA
       
 
    

pakaian lain-lain

 

Pakaian Rasmi Istiadat (No.1 Dress) hendaklah lengkap dengan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat-Pingat (jika ada).

Pegawai-pegawai kerajaan yang telah bersara tidak lagi boleh memakai Pakaian Rasmi Instiadat (No. 1 Dress) yang merupakan Pakaian Seragam Perkhidmatan (Services Uniform).

MUFTI, HAKIM DAN PENSYARAH

Yang mempunyai pakaian jubah (Robe) rasmi - boleh memakainya.

Hendaklah lengkap dengan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat-Pingat (jika ada).

     
BAKAL PENERIMA DARJAH KEBESARAN NEGERI PERAK BERGELAR DATO' SERI/ DATO'
 

LELAKI

Pakaian Kebangsaan Rasmi (untuk penyandang Darjah Kebesaran Dato' Seri / Dato'), bertengkolok, berbengkung dan tidak berkeris.

Pakaian Kebangsaan warna hitam, kain samping hitam benang emas, bertengkolok hitam dan berbengkong hitam.

Memakai Lounge Suit berwarna gelap dan bersongkok hitam (bukan warga negara).

WANITA

Pakaian Istiadat yang diluluskan untuk penyandang Darjah Kebesaran Dato' Seri / Dato' (baju kebaya labuh).

Baju Kebaya Labuh berselendang (tidak sedondon).

 
JEMPUTAN LAIN
 

LELAKI

Pakaian Kebangsaan warna hitam, kain samping hitam berbenang emas. Bagi jemputan yang bukan Melayu bolehlah memakai lounge suit berwarna gelap dan bersongkok hitam.

Hendaklah memakai Bintang dan Pingat-Pingat (jika ada).

WANITA

Baju Kebaya Labuh / Baju Kurung Labuh.

Hendaklah memakai Bintang dan Pingat-Pingat (jika ada).

 

Untitled Document

Hak Cipta © Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan www.perak.gov.my